Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada umat Islam khasnya penduduk Kiara Hill, Nusa Indah. Semoga berbahagia bersama keluarga.

KIARA HILL MAP


View Larger Map

Wednesday, February 4, 2009

MESYUARAT JAWATANKUASA COMMUNITY POLICING ZON NUSA INDAH

Dear Community Policing Committee Members,

There will be a first meeting for our Community Policing Committee this coming Saturday night. We hope that all the Committee members could spent their valuable time for this meeting.

Please click here for the " invitation letter ".

---------------------------------------------------------------------------------------------
Tuan/Puan

MESYUARAT JAWATANKUASA COMMUNITY POLICING ZON NUSA INDAH BIL. 1

Merujuk pada perkara di atas, dimaklumkan bahawa mesyuarat akan diadakan pada ketetapan seperti berikut ;-
TARIKH : 7 FEBUARI 2009 (SABTU)
MASA : 9.00 MALAM
TEMPAT : BALAI POLIS BUKIT INDAH

2. Agenda mesyuarat
i. Ucapan Pengerusi
ii. Sesi pengenalan ahli-ahli jawatankuasa
iii. Perbincangan aktiviti 2009
iv. Majlis Pelancaran Community Policing Zon Nusa Indah
v. Hal-hal lain.

3. Tuan/Puan dengan hormatnya dijemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut.
Sekian, terima kasih.

“ KE ARAH KOMUNITI NUSA INDAH BEBAS JENAYAH”
Saya yang diamanahkan untuk menjalankan tugas,

(NUR FAIZAL BIN ABDULLAH)
Pengerusi
Community Policing Zon Nusa Indah

---------------------------------------------------------------------------------------------

Tuesday, January 27, 2009

Nusa Indah Community Forum


Salam and Greeting,

In order to improve our communication and network among Nusa Indah neighbourhood, we have developed a Forum website for our community.

Please join our forum at
nusaindah.lefora.com .

Get the latest update about our neighbourhood, have discussions, ask questions, make announcements and etc,... Do not hesitate to start a topic.
Some examples to start a new topic such as
1. Majlis Yassin
2. Open house
3. looking for friends to play futsal
4. Introduce new neighbour
etc...
Feedback to me if you have any comment.

Saturday, January 24, 2009

Majlis Pemilihan Jawatankuasa Community Policing Nusa Indah




Salam dan selamat sejahtera,

Khamis 22 Jan 2009, majlis pemilihan jawatankuasa Community Policing Nusa Indah telah berjalan dengan lancar. Ketibaan Y.B. Tan Ah Eng pada pukul 8:00 malam telah disambut oleh En Azman, wakil penduduk Kiara Hill. Ketibaan VVIP lain diikuti oleh En Pandak selaku Ahli Majlis dan Pengerusi Community Policing Nusajaya, dan juga En SM Tajol wakil rasmi Polis IPD Nusajaya. Penduduk Kiara Hill dan juga Nusa Indah 1, beransur-ansur datang beramai-ramai dan memenuhi ruang majlis.

Majlis dimulai dengan kata-kata aluan oleh pengacara majlis En Tengku Rozaiman dan diikuti dengan bacaan Doa, oleh Ustaz Azizan. Ucapan pertama disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Kiara Hill, En Khairul Anwar a.k.a Wak dan dikuti oleh Y.B. Tan Ah Eng dengan dwi-bahasa. Ucapan yang terakhir disampaikan oleh En Pandak.

Y.B. dan VVIP yang lain kemudiannya dijemput turun ke tempat perasmian Papan Tanda Hotline Polis. Perasmian penyerahan Papan Tanda telah dibuat oleh Y.B. dan disusuli dengan sesi mengambil gambar. Selepas itu para VVIP dijemput menjamu makanan , disamping majlis diteruskan dengan pemilihan Jawatankuasa Community Policing.

Tahniah diucapkan kepada yang dilantik sebagai Jawatankuasa Community Policing Nusa Indah. Diharap dengan perlantikan ini, dapatlah kiranya menambah baik tahap keselamatan dan perpaduan sesama penduduk yang berbilang bangsa dan agama di Taman Nusa Indah.

Majis diakhiri dengan ucapan terima kasih oleh pengacara majlis dan keberangkatan VVIP.

Senarai Jawatankuasa Community Policing Nusa Indah yang dilantik :


1. Pengerusi : En. Nur Faizal
2. Timbalan Pengerusi : En. Chua
3. Naib Timbalan : En. Krishnan
4. Setiausaha : En Lo Chen Chua
5. Naib Setiausaha : En. Rizduan
6. Bendahari : Puan Azlin
7. Penolong Bendahari : En Tengku Rozaiman

AJK
1. En Khalki
2. Puan Mastura
3. En Khoo
4. En Suhaimi
5. Puan Sarini
6. En Nazli Hidayat
7. En Lum
8. En Lasar
9. En Ali
10. Puan Salma

Jutaan terima kasih kepada yang hadir terutama penduduk Kiara Hill dan Taman Nusa Indah I.


Sunday, January 18, 2009

Comments For DUMMIES


Some feedback that I receive, they are not able to post their comment here due to tedious ID required. Thus, to make it easy, I've open the access to everyone without having to register for an ID.

Below are the steps to follow if u want to share your comment for article posted :-

1. Click comments
2. Input your comment in the comment box
3. Click drop down button "Select profile..."
4. Select "name/url"
5. It will pop up the "edit profile" text box
6. Input your name
7. Click continue
8. Click "Post Comment"
9. Key in verification word
10. Finally click finish

good luck!

Saturday, January 17, 2009

CP Launching Banner

Salam and Greeting,

Last Thurs Jan 16, we have completed hanging the CP launching banners. One of the banner hung at Kiara Hill enterence and another one at Nusa Indah I guard post. Thanks to Country View Berhad , YB Tan Ah Eng and all of our CP Commitee for theirs sponsorship.

Our greatest hope is that all the Kiara Hill and Nusa Indah I resident will come and celebrate the occasion.


Thursday, January 15, 2009

New Along In Town

Salam Sejahtera,

Satu article yang menarik perhatian saya hari ini dan ingin dikongsi bersama adalah mengenai Along (bukan Angah atau Uda). Institusi Along nampaknya telah "evolve" ataupun bermutasi dalam mencari mangsa baru. Mereka akan mendekati mangsa yang ingin mengubahsuai rumah terutama selepas pemaju menyerahkan kunci. Pelbagai taktik digunakan yang kononnya pembeli boleh mengubahsuai rumah tanpa mengeluarkan cengkeram (deposit) dan bayaran bulanan yang murah. Akhirnya pembeli akan tertipu dengan taktik baru along ini.

Kes seperti ini banyak dilaporkan di KL dan Selangor. Di Kiara Hill pada masa ini terdapat 2 kain rentang besar di jalan utama. Adakah mereka ini Along seperti yang dilaporkan di KL dan Selangor? Apakah tindakan kita untuk memastikan tiada aktiviti Along di kawasan kita? Sama-sama kita pikirkan. Article yang dilampirkan sedikit sebanyak menerangkan apa yang saya maksudkan.

Pembetulan - Majlis Pelancaran Community Policing

Salam and Selamat Sejahtera,

Harap dimaklumkan bahawa tarikh majlis perlancaran Community Policing telah ditukar kepada hari Khamis, 22 hb Januari 2009. Ini adalah kerana YB Tan Ah Eng masih berada di luar negara pada 21 hb Januari 2009. Kesulitan amat dikesali.

--------------------------------------------------------------------------------------------

Please be informed that the date for Community Policing launching has been changed to Thursday, 22nd January 2009. This is due to YB Tan Ah Eng still at overseas on 21st January 2009. Sorry for the inconvenient cause.

http://kiarahill.blogspot.com/2009/01/pelancaran-community-policing-taman.html